comscore
Tumpuan :
Dunia

Sindiket seludup kokain AS$224 juta tumpas

Foto: Reuters

BOLIVIA: Bolivia merekodkan rampasan dadah jenis kokain terbesar di Oruro yang berjumlah lebih AS$224 juta.

Jumlah itu dijangka akan menjadi lebih tinggi, sekitar dua kali ganda apabila tiba di Eropah nanti.

Dalam serbuan itu, pihak berkuasa berjaya menemui kokain yang disembuyikan di antara bahan lantai kayu.

Barangan kargo itu dipercayai sedang dalam perjalanan ke Belanda di mana nilainya dianggarkan bakal mencecah sehingga AS$526 juta.

Presiden Bolivia Luis Arce menyifatkan rampasan sekitar 8.8 tan metrik itu adalah yang terbesar di negara Amerika Selatan.

Operasi itu turut berjaya menahan empat ahli sindiket antarabangsa, hasil dari sembilan serbuan.

Loading...
Terkini