comscore
Tumpuan :
Dunia

Singapura Mansuh Undang-Undang Jenayah Seks Antara Lelaki

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong

SINGAPURA: Singapura akan memansuhkan jenayah seks antara lelaki, kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong hari ini, sambil menambah masyarakat di negara itu semakin menerima golongan gay.

Bagaimanapun, beliau menambah, kerajaan tidak berhasrat untuk mengubah takrifan undang-undang perkahwinan di negara terbabit iaitu antara lelaki dan wanita.

“Saya percaya ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan dan sesuatu yang kini diterima oleh kebanyakan rakyat Singapura,” katanya ketika berucap pada himpunan tahunan sempena Hari Kebangsaan Singapura.

Beliau berkata, kerajaan akan memansuhkan Seksyen 377A kanun keseksaan, sebuah undang-undang era kolonial yang menjenayahkan hubungan seks antara lelaki.

“Biarpun kami memansuhkan Seksyen 377A, kami akan menegakkan dan melindungi institusi perkahwinan.

“Di bawah undang-undang, hanya perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang wanita yang diiktiraf di Singapura,” katanya. – BERITA HARIAN / REUTERS

Loading...
Terkini