comscore
Tumpuan :
Dunia

Singapura sedia hadapi jerebu

– FOTO : Reuters

SINGAPURA: Perkhidmatan Meteorologi Singapura mengesahkan Pasukan Petugas Jerebu Antara Agensi (HTF) sedang menyelaraskan pelan tindakan sebagai persediaan menghadapi jerebu.

Usaha itu sebagai persediaan dalam menjangkakan permulaan cuaca kering dan lebih panas, dengan Perkhidmatan itu meramalkan keadaan El Nino akan berlarutan pada separuh kedua tahun ini.

Selain keadaan El Nino, Dipole Lautan Hindi (IOD) yang positif juga diramalkan berlalu dalam tempoh ini.

– FOTO : Reuters

Menurut Perkhidmatan Meteorologi berkenaan, kedua-dua fenomena iklim itu dijangka menyumbang kepada suhu lebih panas dan kering ke Singapura dan wilayah sekitarnya dari Jun hingga Oktober tahun ini.

Ia sekali gus akan meningkatkan risiko jerebu rentas sempadan yang menjejaskan Singapura dan kawasan berhampiran.

Orang ramai juga dinasihatkan membuat persiapan seperti memastikan mereka mempunyai pelitup muka dan penapis udara yang boleh berfungsi dengan baik.

Menurut agensi itu, El Nino ialah corak iklim yang berlaku secara semula jadi yang dikaitkan dengan perubahan dalam kedua-dua lautan dan atmosfera di Lautan Pasifik khatulistiwa, termasuk pemanasan abnormal di perairan permukaan di Pasifik khatulistiwa timur.

Keadaan terbabit lazimnya berterusan dari sembilan hingga 12 bulan dan berlaku setiap tiga hingga lima tahun, selain menghasilkan perubahan yang serius dalam iklim global.

Loading...
Terkini