comscore
Tumpuan :
Dunia

Singapura umum S$1.1 bilion Pakej Sokongan Kos Sara Hidup.

Foto: Reuters

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong mengumumkan Pakej Sokongan Kos Sara Hidup S$1.1 bilion atau RM3.43 bilion bagi memberi kelegaan kepada isi rumah Singapura, terutama keluarga berpendapatan rendah hingga sederhana.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, ini berdasarkan langkah-langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2023.

Menurut MOF, kerajaan menyediakan bantuan seperti di dalam belanjawan dan di luar belanjawan sejak awal tahun lalu bertujuan membantu rakyat Singapura berdepan masalah inflasi dan kos sara hidup yang tinggi.

Walaupun inflasi susut daripada kemuncaknya, isi rumah masih berdepan kesan kenaikan harga di pelbagai sektor.

Kementerian itu berkata Pakej Sokongan Kos Sara Hidup S$1.1 bilion akan merangkumi penambahan S$0.8 bilion kepada Pakej Jaminan yang menjadikan jumlah keseluruhannya lebih S$10 bilion.

Pakej itu akan menyaksikan bayaran tambahan sehingga S$200 tunai untuk 2.5 juta warga dewasa Singapura yang layak.

Republik itu juga mengumumkan Langkah-Langkah Berkaitan Pengangkutan Awam yang akan mendapat subsidi tambahan kira-kira S$300 juta pada 2024.

Loading...
Terkini