comscore
Tumpuan :
Dunia

Situasi banjir di New York semakin buruk

Foto: Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Situasi banjir di New York semakin meruncing dengan terbaru, paras air di Brooklyn dilihat masih belum surut.

Situasi ini berlaku hanya selepas seminggu banjir kilat melanda bandar New York.

Hujan lebat yang melanda mengganggu operasi kereta api bawah tanah selain turut menyaksikan pangsapuri di tingkat bawah serta jalan raya dinaiki air.

Kira-kira 20 sentimeter tadahan hujan dicatatkan di beberapa lokasi paling padat di seluruh Amerika Syarikat.

Pusat ramalan cuaca menjangkakan lebih banyak tadahan hujan akan direkodkan di wilayah terbabit sebelum taufan bergerak ke laut.

Loading...
Terkini