comscore
Tumpuan :
Dunia

Solat di gelanggang bola tampar, gusar bencana susulan

CIANJUR: Mangsa gempa bumi menunaikan solat Jumaat di kawasan lapang berhampiran sawah padi, kerana bimbang berlakunya gempa susulan.

Ia juga selepas dinding masjid di situ retak dan tingkap pecah akibat gempa bumi berukuran 5.6 magnitud yang mengakibatkan hampir 300 nyawa terkorban.

Menurut Imam masjid berkenaan, Muhamad Jamhur, solat berjemaah itu diadakan di gelanggang bola tampar yang terletak 200 meter dari masjid.

Selepas bencana ini, masih lagi ketakutan. Justeru mereka memutuskan untuk berpindah ke gelanggang bola tampar ini dan bukan di masjid selain meminta jemaah sentiasa waspada dan peka dengan kemungkinan bencana susulan.

Sebelum ini, ratusan gegaran susulan berlaku di beberapa kawasan di Cianjur, ketika penduduk masih bersedih dan trauma kehilangan orang tersayang.

Penduduk sehingga kini ada yang masih berlindung di khemah sambil menunggu bekalan makanan, air, dan ubat-ubatan yang penghantarannya berdepan masalah akibat hujan lebat dan tanah runtuh.

Loading...
Terkini