comscore
Tumpuan :
Dunia

Solat Jumaat pertama Ramadan tepi runtuhan masjid

GAZA: Rakyat Palestin di Gaza menunaikan solat Jumaat pertama dalam bulan Ramadan berhampiran runtuhan masjid yang dibedil oleh Israel.

Ia menyaksikan puluhan jemaah menunaikan solat di atas jalan, tepi serpihan Masjid Al-Farouk di Rafah.

Penduduk Gaza menegaskan bahawa solat dan berdoa boleh dilakukan di mana-mana tempat.

Justeru kezaliman Israel menghancurkan segalanya tidak menjadi penghalang untuk beribadat.

Solat turut dilakukan di dalam khemah, masjid yang rosak dan kawasan padang.

Lebih sejuta rakyat Palestin kini bersesak di Rafah mencari perlindungan daripada kekejaman Israel yang memusnahkan sebahagian besar Semenanjung Gaza, sejak ia bermula pada Oktober tahun lalu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini