comscore
Tumpuan :
Dunia

Solidariti Palestin: Majlis graduasi peringati penuntut Palestin

TORONTO: Penuntut Universiti Toronto di Kanada memperingati rakyat Palestin yang terbunuh pada majlis graduasi universiti itu.

Ia juga sebagai tanda solidariti Palestin atas kekejaman Israel di Gaza.

Topi graduasi diletakkan di setiap kerusi kosong dengan tulisan nama penuntut Palestin yang terkorban.

Rata-rata penuntut Universiti Toronto menzahirkan kesedihan atas nasib yang menimpa rakyat Palestin kerana kebanyakannya tidak dapat meneruskan pengajian akibat sekatan dan ancaman rejim zionis saban hari.

Menurut data rasmi Palestin, kesemua 12 institusi pengajian tinggi di Gaza musnah menyebabkan hampir 90,000 pelajar terkandas dan lebih 350 guru serta ahli akademik terbunuh. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini