comscore
Tumpuan :
Dunia

SpaceX hantar terminal Starlink ke negeri terjejas taufan – Musk

Pelancaran malam roket SpaceX Falcon 9 yang membawa 20 satelit Starlink V2 Mini, dari Kompleks Pelancaran Angkasa di Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg dilihat di atas Lautan Pasifik dari Encinitas, California, A.S.- Foto: Reuters

MOSCOW: SpaceX menghantar terminal Starlink ke negeri-negeri yang terjejas selepas Taufan Helene membadai Amerika Syarikat, kata usahawan terkemuka Elon Musk pada Selasa.

Sebelum ini, CBS News melaporkan bahawa jumlah kematian akibat taufan itu kini mencecah 131 orang.

“Sejak bencana Taufan Helene, SpaceX menghantar sebanyak mungkin terminal Starlink untuk membantu kawasan-kawasan yang memerlukan,” kata Musk di platform X.

Musk juga berkata bahawa calon presiden AS, Donald Trump memaklumkan kepadanya tentang lebih ramai orang di North Carolina yang memerlukan perkhidmatan internet Starlink.

Taufan terbabit melanda AS pada lewat Khamis sebelum melemah menjadi ribut tropika pada Jumaat.

Helene menyebabkan kemusnahan di beberapa negerinya.

Sebagai tindak balas, Presiden AS Joe Biden mengisytiharkan darurat di Florida, Georgia, Alabama, North Carolina, South Carolina, dan Tennessee. – BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini