comscore
Tumpuan :
Dunia

Starliner Boeing kembali ke bumi, kru kekal di ISS 

Foto: Reuters

ISTANBUL: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) mengumumkan bahawa kapal angkasa Starliner tanpa kru milik Boeing berlepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2204GMT Jumaat untuk kembali ke Bumi.

Agensi Anadolu melaporkan bahawa kapsul itu dijangka mendarat pada 0400 GMT di White Sands Space Harbour, New Mexico, Amerika Syarikat (AS).

Angkasawan NASA Butch Wilmore dan Suni Williams pada asalnya dijadual kembali menaiki Starliner akan kekal di ISS sehingga Februari 2025, melanjutkan misi mereka daripada lapan hari kepada lebih lapan bulan. Mereka dijangka kembali ke Bumi dengan menggunakan kapal angkasa SpaceX Dragon milik Elon Musk.

Keputusan untuk mengekalkan angkasawan di ISS dibuat selepas NASA menganggap situasi terlalu berisiko untuk mereka kembali menggunakan kapsul Boeing yang mengalami kerosakan.

Starliner, yang dilancarkan pada 5 Jun mengalami kebocoran helium yang berterusan, menyebabkan kepulangannya ke Bumi ditangguh empat kali. — BERNAMA-ANADOLU

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini