comscore
Tumpuan :
Dunia

Suami BCL nafi dakwaan seleweng RM1.7 juta

JAKARTA: Suami Bunga Citra Lestari (BCL), iaitu Tiko Aryawardhana dilapor menuntut proses audit dilakukan ke atas syarikat diusahakan bersama bekas isteri, Arina Winarto, iaitu PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS), sebagai langkah membersihkan namanya daripada dakwaan menyeleweng wang syarikat bernilai RM1.7 juta.

Peguam dilantik Tiko, iaitu Irfan Aghasar dipetik mendakwa anak guamnya itu tidak pernah diperiksa akauntan yang dinyatakan Arina, lapor agensi.

“Anak guam kami belum pernah diperiksa akauntan dimaksudkan pengadu. Sebagai pengarah syarikat, kalau memang sumber datanya dari Tiko, maka seharusnya ada pengesahan daripada akauntan sama ada benar atau tidak data itu.

“Jangan sampai data tersembunyi yang muncul ke akauntan dan disajikan seolah-olah ada kerugian,” katanya kepada media tempatan.

Irfan dilapor mencadangkan agar proses audit dilakukan bersama Arina dengan diawasi polis. Langkah ini membolehkan dakwaan konon Tino menyeleweng wang syarikat dapat terungkap, lapor agensi.

“Kita buat satu lagi audit dengan melantik polis yang dipersetujui daripada sisi rapat pemegang saham, pengadu dan orang yang diadu. Kita duduk dan buka data sama-sama. Jadi, kita dapat sahkan apakah ada penggunaan wang oleh Tito.

“Dari situ, kita boleh minta kes dibuka Polda (Polis Daerah) Metro Jaya atau Bareskrim,” katanya.

Irfan mempertahankan dakwaan Arina bahawa Tiko menyeleweng wang syarikat sebagai tidak tepat, lapor agensi.

“Tiko tidak diberi peluang untuk menjelaskan soal perbezaan hasil laporan kewangan versinya dengan pasukan audit perusahaan.

“Sebagai ahli lembaga pengarah, adakah dia (Arina) pernah bertanya perihal laporan itu kepada Tiko atau belum? Padahal, ketika itu, mereka masih bergelar suami isteri,” katanya.

Irfan dilapor berkata, pihaknya sedang mengumpulkan data dan akan membuat laporan polis ke atas pihak yang didapati memalsukan maklumat. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini