comscore
Tumpuan :
Dunia

Suami ditangkap ekoran isteri maut tidak dibawa bersalin ke hospital 

Foto hiasan

THIRUVANANTHAPURAM: Seorang lelaki ditahan polis India selepas isterinya yang sarat mengandung maut ekoran suspek enggan membawanya ke hospital untuk bersalin.

Memetik laporan The India Express, kejadian berlaku di bandar Thiruvananthapuram, selatan Kerala, Selasa lalu.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Nayas itu ditahan kerana membunuh.

Laporan media tempatan mendakwa, lelaki itu melarang isterinya, Shemeera Beevi, 36, mendapatkan rawatan di hospital kerana berkeras mahu isterinya bersalin di rumah dengan menggunakan kaedah akupunktur yang ditunjukkan dalam Youtube.

Beevi adalah isteri kedua Nayas dan mempunyai tiga anak melalui pembedahan Caesarean.

Isterinya juga didesak untuk menggunakan kaedah akupunktur kerana Nayas mahu Beevi bersalin di rumah dengan bantuan isteri pertamanya.

Selepas menyedari Beevi tidak sedarkan diri, Nayas lantas membawa isteri dan bayi mereka yang baru lahir ke hospital swasta.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Kerala, Veena George, terkejut dengan kejadian itu dan menyifatkan tindakan lelaki itu seperti membunuh.

“Kejadian ini mengejutkan dan satu tindakan membunuh. Ia tidak sepatutnya berlaku di Kerala,” katanya.

Polis memberitahu bahawa siasatan sedang dijalankan. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini