comscore
Tumpuan :
Dunia

Suhu permukaan di tapak suci boleh cecah 72 darjah Celsius

Foto hiasan

MAKKAH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi memberi amaran suhu permukaan di beberapa kawasan berbukit di tapak suci boleh mencecah sehingga 72 darjah celsius.

Sehubungan itu kementerian mengingatkan jemaah haji supaya berwaspada dengan bahaya pendedahan kepada suhu yang tinggi itu.

Memetik laporan Saudi Gazette, kementerian memberi amaran kepada jemaah haji bahawa pendedahan kepada cahaya matahari untuk jangka masa lama boleh menimbulkan risiko besar kepada kesihatan.

Ibadah haji musim ini dilaksanakan dalam keadaan suhu tinggi di Makkah, sekali gus menjadi kesukaran terbesar bakal dihadapi jemaah haji.

Sehubungan itu kementerian menggesa jemaah haji supaya sentiasa menggunakan payung bagi mengelak pendedahan langsung kepada matahari, dan minum air dalam kuantiti yang mencukupi sepanjang hari, walaupun tidak berasa dahaga.

Ia juga menggesa jemaah haji untuk mematuhi semua arahan dan nasihat kesihatan, dan mengelakkan keluar dan terdedah terus kepada sinaran matahari atau berjalan di atas atau menyentuh permukaan pada waktu puncak dari jam 11 pagi hingga 3 petang.-AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini