
PERANCIS: Suspek serangan pisau yang mencederakan enam individu termasuk empat kanak-kanak di pekan Annecy, Pergunungan Perancis kini dihadapkan ke muka pengadilan.
Suspek, 31 tahun yang berketurunan Syria itu dilihat meninggalkan balai polis dengan berkerusi roda sebelum menaiki sebuah kenderaan polis sambil dikawal ketat.
Suspek yang berada dalam tahanan polis selama 48 jam ditahan setelah mencetuskan serangan di taman permainan.
Dalam klip yang dirakam saksi, suspek dilihat melompat tembok rendah sebelum mula menyerang kanak-kanak yang berada di dalam kereta sorong.
Dia turut menolak jatuh wanita yang cuba menghalang perbuatannya.
Presiden Emmanuel Macron memaklumkan dua kanak-kanak yang parah kesan dari luka tikaman kini berada dalam keadaan stabil dan para doktor optimis mangsa akan sembuh sepenuhnya.