Tumpuan :
Dunia

Suspek kes rempuhan di Magdeburg bertindak sendirian

FOTO: Reuters

MAGDEBURG: Suspek dalam kes rempuhan kereta di bandar Magdeburg, Jerman didapati bertindak sendirian, kata pihak polis, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Jurucakap polis semasa sidang media di Magdeburg pada petang Sabtu berkata berdasarkan perkembangan semasa siasatan, kemungkinan wujudnya suspek kedua boleh diketepikan.

Menurut Ketua Balai Polis Magdeburg, Tom-Oliver Langhans suspek menggunakan laluan kecemasan untuk sampai ke dataran utama.

Keseluruhan tragedi itu berlangsung selama kira-kira tiga minit, tambahnya.

Suspek yang merempuh kereta ke arah orang ramai di pasar Krismas di bandar itu pada Jumaat menyebabkan lima maut dan 200 yang lain cedera. – BERNAMA-dpa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini