comscore
Tumpuan :
Dunia

Suspek serangan bom di Istanbul diberkas, PKK dituduh dalangi serangan

Foto: AFP

ISTANBUL: Suspek serangan bom di kawasan tumpuan orang ramai di bandar Istanbul berjaya diberkas polis.

Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu dalam kenyataannya mengesahkan penahanan itu kepada agensi berita tempatan Anadolu.

Suspek dikatakan bertanggungjawab meletakkan bom di lokasi kejadian.

Beliau dalam pada itu, menuduh Parti Pekerja Kurdistan, PKK bersama sayap tenteranya YPG mendalangi serangan itu.

Foto: AFP

Terdahulu, Menteri Kehakiman Bekir Bozdag mendedahkan suspek seorang wanita duduk di sebuah bangku di jalan Istiklal dan meninggal beg dipercayai berisi bahan letupan sejurus sebelum insiden berlaku.

Angka korban kekal enam orang setakat ini dengan 81 cedera termasuk dua daripadanya kritikal.

Foto: AFP

39 daripada mangsa yang cedera sudah dibenarkan keluar hospital.

Insiden turut mendapat kecaman pemimpin luar negara termasuk Pakistan, Sweden, Azerbaijan dan Serbia. – AFP

Loading...
Terkini