comscore
Tumpuan :
Dunia

Suspek tembakan rambang di Maine ditemukan maut

FOTO: Reuters

NEW YORK: Lelaki yang diburu pihak berkuasa kerana menembak mati 18 orang di sebuah pusat boling dan sebuah bar di Lewiston, Maine, Amerika Syarikat (AS) Rabu lalu, ditemukan maut di dalam hutan kira-kira l2 kilometer dari lokasi tembakan rambang itu.

Berdasarkan luka tembakan di kepalanya, Robert Card, 40, dipercayai menembak dirinya sendiri.

FOTO: Reuters

Pihak berkuasa di Maine dijadual mengadakan sidang akhbar malam ini.

CNN melaporkan mayat Card ditemui berhampiran pusat kitar semula, tempat dia dipecat baru-baru ini.

FOTO: Reuters

CNN dan ABC memetik sumber mengatakan Card ditemui mati akibat luka tembakan yang jelas dilakukan sendiri.

Pihak berkuasa semalam, mengenal pasti mangsa antaranya suami isteri berusia 70-an, seorang budak lelaki berusia 14 tahun dan bapanya.

FOTO: Reuters

Puluhan mangsa turut cedera dalam kejadian yang disifatkan paling buruk di Amerika Syarikat tahun ini.

Card ialah seorang tentera simpanan, tetapi tidak pernah ditempatkan di mana-mana zon tempur.

FOTO: Reuters

Media AS melaporkan dia baru-baru ini dihantar untuk rawatan psikiatri selepas dia memberitahu ada mendengar suara.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini