comscore
Tumpuan :
Dunia

Suspek tikam remaja berjaya diberkas 

FOTO: AFP

ILLERKIRCHBERG: Suspek lelaki yang menyerang dua remaja perempuan sewaktu mereka dalam perjalanan ke sekolah di pekan Illerirchberg, Jerman telah ditahan polis.

Salah seorang mangsa yang berusia 14 tahun dikejarkan ke hospital, meninggal dunia tidak lama kemudian ekoran kecederaan parah yang dialaminya.

Mangsa adalah warganegara Jerman dengan latar belakang imigran dengan keluarganya berasal dari Turki.

Sementara itu rakan mangsa yang berusia 13 tahun turut mengalami kecederaan parah namun telah dilaporkan stabil.

Suspek yang berusia 27 tahun merupakan pencari suaka dari Eritrea diberkas di pusat perlindungan pelarian berhampiran.

Senjata yang digunakannya turut ditemui.

Motif sebenar serangan masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini