comscore
Tumpuan :
Dunia

Sweden sambung semula bantuan kepada UNRWA

GAZA: Sweden menyambung semula bantuan kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB yang mengalami kekurangan dana untuk rakyat Palestin.

Ia menerusi pengeluaran awal AS$20 juta selepas menerima jaminan pemeriksaan tambahan ke atas perbelanjaan dan kakitangannya.

Pengumuman berkenaan menyusul selepas Kanada turut mengambil langkah sama.

Terdahulu Suruhanjaya Eropah memaklumkan penyaluran dana AS$54 juta kepada UNRWA.

Sweden disenarai sebagai penyumbang keempat terbesar kepada bajet agensi itu.

PBB sebelum ini memberi amaran satu per tiga daripada populasi di Gaza kini di ambang kebuluran. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini