comscore
Tumpuan :
Dunia

Taburan salji hampir 120 sentimeter di Denver

FOTO: Reuters

COLORADO: Ribut beserta salji, puting beliung dan hujan batu membadai wilayah tengah Amerika Syarikat masuk hari kedua.

Salji tebal hampir 120 sentimeter dicatatkan di Denver.

Lapor media CNN, lebih 100,000 penduduk terputus bekalan elektrik.

Lebih 800 penerbangan masuk dan keluar dari Lapangan Terbang Denver terpaksa dibatalkan manakala lebih 300 lagi tergendala.

Keadaan juga memaksa penutupan jalan raya dan banyak sekolah.

Salji bagaimanapun semakin reda menjelang tengah malam. – CNN

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini