comscore
Tumpuan :
Dunia

Tak jadi kahwin kerana kari 

NEW DELHI: Disebabkan tercetusnya pergaduhan antara dua keluarga, bakal pengantin di India kecewa apabila perkahwinan mereka dibatalkan.

Punca pergaduhan kedua-dua keluarga hanyalah disebabkan kari.

Kejadian yang tular itu berlaku di negeri Telangana, baru-baru ini sebelum dilaporkan media tempatan termasuk Ary News.

Sebelum itu, semua urusan mas kahwin dan hidangan pada majlis itu sudah dimuktamadkan dan dipersetujui kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, pada hari majlis, keluarga pengantin lelaki tiba-tiba meminta kari yang menyebabkan keadaan kelam kabut dan mencetuskan pergaduhan sehingga polis terpaksa campur tangan.

Pengakhirannya, perkahwinan pasangan itu terpaksa dibatalkan selepas keluarga gagal berdamai.–Agensi

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini