comscore
Tumpuan :
Dunia

Tanah runtuh di Brazil, pelabuhan terputus hubungan

FOTO: REUTERS

PARANA: Pelabuhan di Paranagua terputus hubungan apabila berlaku kejadian tanah runtuh di lebuhraya utamanya.

Kejadian itu adalah disebabkan hujan lebat berterusan.

Selain jalanraya, laluan kereta api turut terhalang sekaligus menyebabkan industri eksport bijirin di pelabuhan berkenaan terganggu.

Menurut pihak berkuasa, operasi lain di pelabuhan itu yang melibatkan kapal termasuk penyimpanan produk di gudang masih berjalan seperti biasa.

Visual dron yang diperoleh menunjukkan jalanraya utama yang menghubungkan pelabuhan Paranagua dan Antonina terputus sama sekali dan sekaligus mengganggu perjalanan trak yang menghala ke persisiran pantai.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya tiga trak turut ditimbus runtuhan tanah.

Buat masa ini, pihak berkuasa memantau secara dekat situasi itu dan kini sedang berusaha untuk membersihkan jalanraya terbabit.

Loading...
Terkini