comscore
Tumpuan :
Dunia

Tanah runtuh ragut lima nyawa di timur Afghanistan

Foto: Agensi

KABUL: Seramai lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh yang melanda sebuah kampung di wilayah Nuristan timur Afghanistan pada Ahad, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Bakhtar pada Isnin.

Bencana alam itu berlaku susulan hujan lebat di daerah Norgaram pada malam Ahad hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 rumah musnah atau rosak teruk.

Angka korban dijangka meningkat berikutan operasi menyelamat masih diteruskan.

Sebahagian kawasan di Afghanistan termasuk Kabul mengalami hujan dan salji sejak petang Ahad. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini