Tumpuan :
Dunia

Tanah runtuh ragut nyawa 4 sekeluarga

Anggota SAR mencari mangsa tanah runtuh di Bruno, Purworejo, Jawa Tengah.- Foto ihsan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB)

JAKARTA: Empat ahli keluarga maut selepas rumah mereka dilanda tanah runtuh di Jawa Tengah, Indonesia semalam.

Menurut laporan awal, bencana itu berlaku di kampung Bruno, daerah Purworejo pada petang semalam ketika hujan lebat.

Koordinator misi bagi agensi pencarian dan penyelamatan di kawasan itu, Muhammad Abdullah memberitahu media tempatan hari ini pasukan penyelamat menemui tiga mangsa petang semalam dan seorang lagi pagi tadi.

Mayat mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk pengecaman.

Beliau berkata kawasan berkenaan dilanda hujan lebat semalam, menyebabkan tanah runtuh berlaku.

Indonesia sering berdepan bencana hidrometeorologi pada musim hujan.

Data daripada Agensi Pengurusan Bencana Nasional negara itu menunjukkan bahawa sehingga November, lebih 1,700 kejadian bencana dicatatkan tahun ini, dengan lebih 1,000 daripadanya adalah bencana hidrometeorologi, termasuk banjir, tanah runtuh, dan cuaca ekstrem.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik meramalkan sebahagian besar Indonesia akan mengalami hujan dengan intensiti antara 1,000 hingga 5,000 milimeter setahun sepanjang 2025, mulai bulan ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini