comscore
Tumpuan :
Dunia

Taufan Mocha: PBB gesa Myanmar buka sempadan untuk bantuan kemanusiaan

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB menggesa Myanmar membuka sempadan negara itu bagi membolehkan bantuan kemanusiaan luar dibawa masuk ke seluruh lokasi yang terjejas dengan Taufan Mocha, baru-baru ini.

Ketua Hak Asasi Kemanusiaan PBB, Volker Turk dalam sidang medianya di Geneva, Switzerland turut mendesak agar pemerintah junta Myanmar segera berbuat demikian bagi menyelamatkan lebih ramai lagi mangsa yang memerlukan bantuan terutama di Rakhine.

Jelas beliau, sekiranya gagal berbuat demikian, junta tentera negara itu seakan-akan menafikan hak penduduk di Rakhine yang terdiri daripada etnik Rohingya.

Setakat ini, angka korban mangsa yang didedahkan junta tentera adalah 148 orang dengan sebahagian besarnya dari Rakhine.

Taufan Mocha yang berkelajuan sehingga 195 kilometer sejam itu melanda pada 14 Mei lalu sehingga meranapkan beberapa perkampungan dan pekan kecil di sempadan Myanmar dan Bangladesh.

SUMBER REUTERS

Loading...
Terkini