comscore
Tumpuan :
Dunia

Taufan Mocha ragut 3 nyawa, 700 penduduk cedera di Myanmar

Foto : Reuters

MYANMAR : Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 700 lagi cedera apabila Taufan Mocha membadai Myanmar.

Angin kecang turut mengakibatkan sistem terlekomunikasi terputus selain kemusnahan besar

Kira-kira 1,000 penduduk diselamatkan selepas terperangkap susulan ombak setinggi 3.6 meter di kawasan pesisir pantai

Manakala kawasan rendah pula dinaiki air sehingga 1.5 meter

Jumlah sebenar kematian dan kemusnahan bagaimanapun masih diteliti pihak junta tentera Myanmar.

Foto : Reuters

Media Republic World yang memetik pasukan sukarelawan tempatan mendedahkan, penduduk datang berteduh di pusat perlindungan sementara di Sittwe namun berdepan masalah kekurangan bekalan makanan

Terdahulu kira-kira 400,000 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara di Myanmar dan Bangladesh

Menurut Jabatan Meteorologi Tempatan, Mocha mula melanda petang semalam dengan kekuatan angin 209 kilometer sejam

Namun ia melemah pagi tadi dan kini dikesan berada di timur laut negara dengan kekuatan angin 120 kilometer sejam.    –  REPUBLICWORLD / REUTERS

Loading...
Terkini