comscore
Tumpuan :
Dunia

Taufan Muifa Tiba di Zhouszhan

Foto: Reuters

ZHEJIANG, China: Taufan Muifa kini mula melanda bandar Zhouszhan yang terletak di wilayah Zhejiang.

Taufan berkenaan membawa angin kencang, hujan lebat serta ombak besar ke bandar itu.

Jabatan Meteorologi China dalam pada itu telah mengeluarkan amaran taufan tahap merah pertama tahun ini selepas Muifa dilaporkan sebagai taufan paling kuat tahun ini di China.

Shanghai dalam pada itu turut menggantung operasi tren metro dan membatalkan jadual penerbangan menjelang ribut taufan.

Rentetan ramalan ribut ini, hampir 400 ribu penduduk turut dipindahkan sebagai langkah keselamatan.

Angin kencang diramalkan bakal mencecah kelajuan sehingga 125 kilometer sejam.

Sebelum Muifa melanda, ribut yang melanda pekan Ningbo turut mencetuskan banjir kilat sekaligus mengakibatkan jalan dinaiki air.

Loading...
Terkini