comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Taufan Nalgae, mutahil temui mangsa selamat selepas ini

FILIPINA: Pihak berkuasa Filipina memberi amaran tiada harapan untuk menemukan lebih ramai mangsa akibat Taufan Nalgae yang terselamat selepas ini.

Sehingga semalam, jumlah kematian susulan banjir kilat dan tanah runtuh di seluruh Filipina mencecah 150 orang.

Daripada jumlah itu yang direkodkan agensi bencana kebangsaan, 63 kematian adalah di Wilayah Bangsamoro, kepulauan selatan Mindanao.

Agensi itu memaklumkan, sekurang-kurangnya 128 cedera dan 36 masih hilang di seluruh negara, manakala lebih 355, 400 penduduk terjejas.

Dalam pada itu, agensi bencana di Bangsamoro bersiap sedia kemungkinan lebih banyak kemusnahan di wilayah terbabit susulan laporan hujan bakal berterusan selama beberapa hari lagi.

Sebelum ini, Presiden Ferdinand Marcos Jr mengisytiharkan bencana untuk tempoh enam bulan di wilayah yang paling teruk terkesan dan mengeluarkan dana bagi usaha pemulihan.

Beliau turut menyatakan aktiviti penebangan hutan dan perubahan iklim sebagai faktor utama mendorong tragedi buruk di Bangsamoro.

 

Loading...
Terkini