comscore
Tumpuan :
Dunia

Taufan tropika Gamane badai Madagascar

FOTO: Reuters

MADAGASCAR: Taufan tropika dilapor melanda pulau Madagascar pada minggu ini.

Penduduk mengharungi air banjir manakala operasi pemindahan penduduk pula dilakukan dengan menggunakan sampan dari rumah yang dinaiki air.

Taufan itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang dan menyebabkan ribuan lagi mangsa kehilangan tempat tinggal, kata pejabat pengurusan bencana negara itu semalam.

Taufan tropika Gamane, yang melintasi timur laut Madagascar pada hari Rabu dan Khamis, menyebabkan lebih 20,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Tiga lagi mangsa cedera dan empat lagi masih hilang.

Gamane mendarat di utara Vohemar di timur laut Madagascar pada pagi Rabu dengan angin purata 150 km sejam dan tiupan 210 km sejam. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini