Tumpuan :
Dunia

Taufan ‘Usagi’ landa Filipina, ribuan penduduk terjejas

MANILA: Taufan Usagi melanda Filipina, menyebabkan banjir besar dan memaksa ribuan penduduk di kawasan utara dan timur laut negara itu berpindah. Penduduk di kawasan luar terpaksa bergelap apabila bekalan elektrik terputus.

Menurut pasukan penyelamat, sebuah jambatan utama yang menghubungkan dua bandar di wilayah Cagayan runtuh selepas balak yang dibawa arus deras sungai merempuh jambatan berkenaan.

Taufan Usagi mula membadai Filipina semalam, selepas taufan Toraji menyebabkan banjir besar dan memaksa lebih 82,500 penduduk di wilayah utara berpindah.

Sehingga semalam, lebih 300 pusat pemindahan dibuka di seluruh negara menempatkan mangsa taufan. Pihak berkuasa Filipina mengagihkan bantuan makanan, air, dan ubat-ubatan bagi membantu mangsa yang terjejas.

Walaupun tiada laporan kematian setakat ini, pihak berkuasa dilaporkan berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Keadaan itu turut menyebabkan lebih 9 juta orang terjejas akibat cuaca ekstrem dan taufan berturut-turut yang melanda Filipina.

Loading...
Terkini