comscore
Tumpuan :
Dunia

Taufan Yagi: Angka mangsa korban di Vietnam meningkat kepada 35 orang

Foto: Reuters

HAIPHONG: Taufan Yagi terus mengganas di utara Vietnam apabila agensi pengurusan bencana negara itu melaporkan angka mangsa korban terus meningkat kepada 35 orang.

Sementara itu, 24 penduduk lagi hilang susulan tanah runtuh dan banjir besar yang disebabkan oleh taufan terburuk di Asia tahun ini.

Selepas lebih 24 jam tiba di negara terbabit, agensi meteorologi Vietnam mula menurunkan kategori fenomena terbabit kepada ribut tropika namun tetap mengekalkan amaran banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan.

Setakat ini, jutaan kediaman dan premis perniagaan di utara Vietnam terjejas akibat terputus bekalan elektrik selain berdepan kerosakan teruk terutamanya di wilayah Haiphong dan Quang Ninh.

SUMBER REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini