HAINAN: 830,000 penduduk di bandar Haikou, Hainan, China terjejas setelah Taufan Yagi, taufan terkuat di Asia tahun ini mula melanda negara itu.
Menurut media tempatan, CCTV sejam selepas tibanya Yagi, bekalan elektrik di seluruh Hainan terputus.
Taufan Yagi yang membawa angin berkelajuan maksimum 234 kilometer sejam, memusnahkan harta benda awam di jalan raya selain turut mengakibatkan banyak pokok tumbang dan menutup jalan utama di sekitar bandar.
Yagi kini dikategorikan sebagai ribut tropikal siklon kedua terkuat di dunia pada tahun 2024 setakat ini, di belakang Taufan Beryl yang mampu cecah sehingga amaran kategori lima.
Selepas membadai China, Yagi dijangka menuju ke Vietnam seawal lewat malam ini waktu tempatan.
SUMBER REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.