comscore
Tumpuan :
Dunia

Taylor Swift diabadikan dalam mural di Gelsenkirchen, Jerman

FOTO: gernegelsenkirchen/ Instagram

GELSENKIRCHEN: Taylor Swift kini kembali ke bandar Gelsenkirchen di barat Jerman, bukan untuk mengadakan konsert, tetapi dalam bentuk mural pada dinding sebuah bangunan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Bintang pop terkenal dari Amerika Syarikat ini diabadikan melalui mural graffiti gergasi, susulan daripada tiga konsert hebat yang diadakan di bandar ini pada Julai lalu.

Artis tempatan, Beni Veltum, bersama rakannya Levin Tomala, menghasilkan mural itu bagi menggambarkan keterujaan yang melanda Gelsenkirchen semasa siri konsert Taylor Swift’s Eras Tour pada awal tahun ini.

Bandar ini, yang sebelum ini terkenal sebagai kawasan industri yang suram di Jerman, mengalami lonjakan semangat dan keceriaan ketika Swift mengadakan konsertnya di sini.

Potret penyanyi berusia 34 tahun itu berukuran kira-kira 10 meter tinggi dan lima meter lebar.

Pada Julai, Gelsenkirchen buat seketika dikenali sebagai “Swiftkirchen” apabila peminat membanjiri bandar ini, bertukar-tukar gelang tangan berwarna-warni, dan menyanyikan lagu-lagu popularnya sebelum konsert berlangsung.

Bandar ini bahkan memasang papan tanda yang tertera “Swiftkirchen” buat sementara waktu dan menghargai Swift dengan menambah namanya pada batu “Walk of Fame” Gelsenkirchen. – BERNAMA-dpa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini