NEW JERSEY: Bintang Pop terkenal, Taylor Swift menyatakan sokongannya kepada Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris dalam Pilihan Raya Presiden AS 2024, dalam satu muat naik di Instagram.
Dalam muat naik tersebut, Swift menggariskan keyakinannya terhadap Harris sebagai seorang pemimpin yang cekap dan tenang, serta menyokong hak-hak dan sebab-sebab yang penting baginya.
“Saya akan mengundi untuk @kamalaharris kerana dia berjuang untuk hak-hak dan sebab-sebab yang saya percaya memerlukan pejuang.
Saya rasa dia adalah pemimpin yang berbakat dan yakin kita boleh mencapai banyak lagi jika dipimpin dengan ketenangan, bukan kekacauan,” kata Swift.
“Saya perlu sangat telus mengenai rancangan sebenar saya untuk pilihan raya ini sebagai seorang pengundi. Cara paling mudah untuk melawan maklumat palsu adalah dengan kebenaran,” tambahnya.
Swift turut membuat hantaran di Instagram yang memaparkan gambar dirinya bersama seekor kucing dengan tanda tangan ‘childless cat lady’, yang dilihat sebagai sindiran kepada maklum balas yang dibuat oleh pasangan calon Trump, JD Vance.
Sokongan Swift ini dianggap sebagai sokongan terbesar daripada industri hiburan untuk calon dari parti Demokrat.
Kebanyakkan penggiat seni Hollywood melihat Harris, sebagai seorang penduduk asal California,menjadi calon yang tepat untuk menerajui kepimpinan Amerika Syarikat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.