
PALESTIN: Israel bersetuju mengadakan tempoh bertenang empat jam sehari bagi membolehkan penduduk Gaza menyelamatkan diri utara Gaza selain kelonggaran bagi bantuan kemanusiaan.
Kenyataan itu diumumkan White House yang disifatkannya sebagai langkah wajar.
Jurucakap Majlis Keselamatan Amerika Syarikat, John Kirby berkata pengumuman secara rasmi akan dibuat hari ini.
Israel katanya akan membuat pengumuman itu sekurang-kurangnya tiga jam sebelum pelaksanaan tempoh bertenang itu bermula.
Dalam pada itu Presiden Joe Biden menolak kemungkinan bagi tempoh gencatan senjata bagi tempoh lama di Gaza.
Israel dalam kenyatannya pula berkata, persetujuan bagi tempoh bertenang dilakukan hanya bagi bantuan kemanusiaan.
Sementara itu, Penasihat Politik Hamas, Ismail Haniyeh dipetik berkata rundingan masih berlangsung antara pergerakan itu dan Israel namun tiada persetujuan dicapai setakat ini. – AL JAZEERA