comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Tempoh gencatan senjata tamat, Israel kembali bedil Gaza

GAZA: Tujuh hari tempoh gencatan senjata sementara berakhir tepat jam 1 tengah hari tadi waktu Malaysia.

Rejim Zionis kembali membedil bandar Gaza dengan beberapa siri serangan udara terbaharu.

Pasukan pertahanan Israel, IDF mendakwa kononnya serangan dilancarkan di Gaza sebagai tindak balas terhadap dua roket Hamas yang didakwa dipintas menerusi sistem Iron Dome, beberapa jam sebelum tempoh gencatan senjata tamat.

Setakat ini, Hamas belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan terbaharu rejim Zionis itu.

Israel turut mendakwa letupan dan tembakan turut kedengaran di utara Gaza namun tiada butiran lanjut diberi termasuk bukti.

Sehingga semalam, Hamas membebaskan 105 tawanan manakala 240 tahanan Palestin turut dibebaskan sebagai pertukaran.

Loading...
Terkini