comscore
Tumpuan :
Dunia

Tempoh lanjutan darurat Myanmar sebagai ‘peraturan tidak sah’ – AS

Foto: Agensi

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengecam tempoh lanjutan darurat junta Myanmar, dengan menyifatkan ia akan menyebabkan penderitaan berpanjangan selepas rampasan kuasa bagi menggulingkan kerajaan, dua tahun lalu.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price, berkata, negara itu menentang sekeras-kerasnya keputusan rejim tentera Burma untuk melanjutkan keadaan darurat, bagi memanjangkan pemerintahan tidak sah tentera dan penderitaan yang ditimbulkannya ke atas negara itu.

Price berkata, AS bertekad untuk bekerjasama dengan negara lain untuk menafikan kredibiliti rejim itu di peringkat antarabangsa.

Beliau juga mengecam junta berhubung pelaksanaan pilihan raya versi mereka, yang akan memburukkan lagi keganasan dan ketidakstabilan, sekali gus tidak mewakili rakyat negara itu.

Junta pada ulang tahun rampasan kuasa mengumumkan tempoh lanjutan darurat selama enam bulan, sekali gus menolak tarikh pilihan raya di bawah Perlembagaan.

AS sebelum ini mengumumkan sekatan yang disasarkan terhadap kepimpinan sektor tenaga Myanmar sebagai sebahagian daripada usaha untuk terus menekan junta. – AFP

 

Loading...
Terkini