comscore
Tumpuan :
Dunia

Tentera dikerah berkawal di Nairobi susulan protes ganas

FOTO: REUTERS

KENYA: Ketegangan di Kenya menyaksikan 22 individu maut dan 200 lagi cedera sejak tunjuk perasaan tercetus minggu lalu.

Pasukan tentera dikerah ke ibu negara bagi mengawal keadaan sebelum tunjuk perasaan baharu dijadualkan berlangsung.

Sekatan jalan raya di laluan menuju ke Istana Presiden antara langkah keselamatan dilalukan pihak polis.

Ketegangan dilihat masih berlarutan walapun Presiden William Ruto telah membatalkan cadangan untuk menaikan cukai negara.

FOTO: REUTERS

Ia termasuk cukai ke atas barangan seperti roti, minyak masak dan barangan kebersihan.

Cadangan itu dikemukan bagi membantu mengumpul dana membayar hutang asing yang kini mencecah AS$80 bilion atau RM377 bilion.

Cadangan itu telah menimbulkan kemarahan rakyat Kenya dengan ribuan penunjuk perasaan telah menyerbu bangunan parlimen Kenya sebagai bantahan Selasa lalu – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini