comscore
Tumpuan :
Dunia

Tentera Iran bebaskan seorang kru kapal warga Filipina

Foto: Reuters

MANILA: Seorang daripada empat kru kapal warga Filipina yang ditahan oleh tentera Iran bulan lepas telah dibebaskan, kata Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) pada Jumaat.

DFA berkata Filipina menyambut baik “berita gembira” itu dan kru berkenaan dijangka tiba di Manila pada lewat Jumaat, lapor Xinhua.

“Kami menghargai sikap Iran ini,” menurut DFA dalam satu kenyataan tanpa mengulas lanjut.

DFA berkata kerajaan sedang berusaha untuk membebaskan dan menghantar pulang baki tiga tawanan.

Keempat-empat kru itu merupakan anak kapal kontena MSC Aries yang dirampas oleh tentera Iran di Teluk Parsi pada 13 April ketika melalui Selat Hormuz.  — BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini