comscore
Tumpuan :
Dunia

Tentera Israel mula berundur dari Jenin

FOTO: Reuters

JENIN: Setelah 10 hari menjalankan operasi ketenteraan besar-besaran di bandar dan kem pelarian sekitar Jenin, Tebing Barat, rejim Zionis didakwa mula mengundurkan tentera dari kawasan terbabit.

Menurut saksi tempatan, kereta kebal dan juga jentera berat milik rejim Tel Aviv dilihat meninggalkan kawasan berkenaan dan sebahagian penduduk juga dilihat mulai kembali ke kawasan kediaman masing-masing.

Mereka turut menggunakan jengkaut peribadi bagi membersihkan kawasan kediaman mereka yang terjejas akibat runtuhan bangunan dan kediaman yang dibedil oleh Israel.

Israel dalam satu kenyataan memaklumkan operasi ketenteraan di Jenin sudah selesai namun tidak mengesahkan pengunduran tenteranya dari kawasan itu.

Sejak operasi tentera Israel bermula pada 28 Ogos lalu, 36 rakyat Palestin terbunuh manakala 30 lagi ditahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini