comscore
Tumpuan :
Dunia

Tentera Israel tawar wang tunai untuk maklumat tebusan di Gaza

Seorang lelaki memegang risalah yang dijatuhkan daripada pesawat Israel menyeru penduduk Gaza untuk memberikan maklumat tebusan yang ditahan oleh Hamas sebagai balasan untuk ganjaran kewangan di Semenanjung Gaza. – Foto: AGENSI

GAZA: Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menghantar mesej kepada rakyat Palestin di Gaza dengan menawarkan wang tunai sebagai pertukaran untuk sebarang maklumat mengenai tebusan Israel.

Seorang wartawan CNN di Gaza menerima mesej dalam bahasa Arab di telefon pada Selasa menyatakan:

“Adakah anda mahu menamatkan perang?.

“Jika anda mempunyai maklumat yang boleh dipercayai mengenai orang yang diculik atau penculik mereka, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami dan anda boleh menerima ganjaran wang tunai yang banyak,” menurut mesej itu.

Mesej itu mempunyai dua nombor telefon yang dilampirkan serta pautan ke tapak web, machtoffin.com, yang menghalakan satu ke tapak web dengan gambar, nama dan umur tebusan Israel.

Gaza sedang menghadapi krisis kemanusiaan berikutan pengeboman Israel di seluruh enklaf, di mana 70 peratus penduduk sudah mengalami tahap kelaparan yang teruk, kata laporan yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.

Susulan serangan Hamas pada 7 Oktober di Israel tahun lalu, kumpulan itu membawa tebusan Israel kembali ke Gaza, yang kebanyakannya masih di Gaza.

Menurut kiraan CNN minggu lalu, sejumlah 33 daripada 130 tebusan pada 7 Oktober dipercayai sudah terkorban. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini