comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Tentera Ukraine gagal tembusi pertahanan Rusia di selatan Donetsk – Rusia

 

MOSCOW: Tentera Ukraine telah melancarkan serangan berskala besar di lima lokasi di sepanjang selatan Donestk tetapi gagal menembusi pertahanan Rusia, kata jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia

Dalam taklimat media, Igor Konashenkov memberi maklumat tentang serangan yang dilancarkan beberapa briged tentera Ukraine, lapor Agensi Anadolu.

“Pada pagi 4 Jun, dengan sokongan unit-unit ketenteraan lain, musuh melancarkan serangan berskala besar di lima kawasan di sepanjang selatan Donestk,” katanya.

Konashenkov berkata Ukraine menggunakan enam batalion berjentera dan dua batalion kereta kebal dalam serangan terbabit bagi menembusi pertahanan Rusia dari titik paling lemah, tetapi gagal melaksanakan misi itu.  – BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini