comscore
Tumpuan :
Dunia

Terima ancaman bom, pesawat Ryanair diiringi jet pejuang sehingga Athens

 

Pesawat Ryanair mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Athens

ATHENS: Sebuah pesawat Ryanair terpaksa diiring oleh jet pejuang Greece dari Katowice, Poland menuju ke Athens selepas menerima amaran bom daripada pihak berkuasa.

Pesawat terbabit yang membawa 190 penumpang dan kru kapal diiringi dua jet F-16 ketika memasuki ruang udara Greece dari North Macedonia.

FOTO: AFP

Menurut pengurus perhubungan awam di Lapangan Terbang Katowice, amaran telefon itu diterima ketika pesawat terbang di ruang udara Slovakia.

Penerbangan itu akhirnya mendarat di kawasan terpencil di Lapangan Terbang Antarabangsa Athens dengan kelewatan hampir dua setengah jam.

Kesemua penumpang terbabit kemudiannya diperiksa sejurus mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Loading...
Terkini