comscore
Tumpuan :
Dunia

‘Terminator’ ditahan di Munich akibat jam mewah

Pelakon aksi Hollywood, Arnold Schwarzenegger FOTO: Reuters

MUNICH: Pelakon aksi Hollywood, Arnold Schwarzenegger yang sinonim dengan watak “Terminator” ditahan di lapangan terbang Munich, semalam, kerana gagal mengisytiharkan jam tangan berharga.

Pelakon kelahiran Austria dan bekas gabenor California, 76, itu ditahan selepas tiba dari Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap kastam, Thomas Meister berkata, Schwarzenegger dijangka meneruskan perjalanannya namun “jam tangan itu mungkin perlu ditinggalkan”.

Prosiding jenayah sudah dimulakan terhadap  bekas ikon bina badan kerana mengelak cukai.

Cukai sepatutnya dibayar kerana Schwarzenegger berhasrat untuk menjualnya di Kesatuan Eropah (EU).

Jam tangan mewah itu akan dilelong pada majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk inisiatif iklim Schwarzenegger di Kitzbuehel.

Jam tangan itu dilaporkan ditempah khas untuk Schwarzenegger oleh pembuat jam tangan mewah Switzerland Audemars Piguet.

Loading...
Terkini