comscore
Tumpuan :
Dunia

Terowong bawah tanah pertama Bangladesh dibuka Januari 2023

Foto Reuters

CHITTAGONG: Laluan terowong bawah tanah pertama di Bangladesh bakal dibuka pada Januari 2023.

Ia selepas jurutera utamanya mengesahkan kerja pembinaan siap sepenuhnya.

Acara perasmian diadakan juga menjadi petanda ia sedia untuk digunakan.

Terowong Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman dibina dibawah Sungai Karnaphuli di bandar pelabuhan Chittagong.

Kemudahan sepanjang 3.3 kilometer itu mampu mengurangkan masa perjalanan antara bandar Anwara dan Patenga.

Pembinaan yang menelan belanja 1.1 bilion dengan sebahagiannya disumbang institusi kewangan China, Exim Bank dan ia dibina China Communications Construction Company (CCCC).

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang menyertai majlis berkenaan secara maya berharap terowong terbabit mampu menambah-baik perhubungan dan membantu kelancaran pelbagai urusan perniagaan.

Dalam pada itu, orang ramai menyambut baik pembukaan laluan terbabit dan tidak sabar untuk menikmati tempoh perjalanan lebih singkat di Chittagong.

Loading...
Terkini