comscore
Tumpuan :
Dunia

Thailand kerah pasukan khas bantu mangsa banjir di wilayah utara

Foto: Reuters

CHIANG RAI: Terbaharu, kerajaan negara itu mengerah pasukan khas tentera di wilayah utara Chiang Rai bagi membantu pihak berkuasa menyelamatkan mangsa banjir dengan bot dan helikopter.

Ketika ini, sekurang-kurangnya 33 orang maut di seluruh Thailand sejak pertengahan Ogos akibat beberapa kejadian berkaitan hujan dan tanah runtuh.

Sembilan kematian dilapor minggu ini di dua wilayah utara.

Taufan Yagi, ribut paling kuat melanda Asia tahun ini, membunuh sekurang-kurangnya 197 orang di Vietnam, di mana ia mendarat pada hari sabtu dan membadai sebahagian ibu kota Hanoi.

Menurut Ketua Daerah Mai Sai, di Chiang Rai, air banjir mula surut dari beberapa kawasan namun masih banyak penempatan di pesisir sungai masih dinaiki air.

Sementara itu, Tentera Laut Thailand mengerahkan sembilan bot untuk menghantar lebih 1,000 pakej bantuan di Chiang Rai yang teruk dilanda banjir.

Sembilan daripada 10 penerbangan yang dijadual masuk dan keluar dari Lapangan Terbang Chiang Rai hari ini dibatalkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini