comscore
Tumpuan :
Dunia

Thailand perolehi RM875.54 juta daripada penerbitan filem asing sepanjang 2023

Ibu kota Bangkok

BANGKOK: Thailand terus menjadi antara destinasi pilihan penerbitan filem luar apabila mencatat perolehan pendapatan 6.6 bilion baht (RM875.54 juta) bagi tahun 2023.

Ia juga adalah perolehan tertinggi hasil daripada kehadiran penerbitan filem luar yang dicatatkan negara itu setakat ini.

Menurut jurucakap kerajaan Thailand, Chai Wacharonke sepanjang tempoh itu juga sebanyak 466 filem daripada 40 negara dirakamkan di Thailand.

Phuket, Thailand

Daripada jumlah itu, kru penerbitan filem dari Amerika Syarikat mencatat kehadiran paling tinggi, diikuti kru filem dari Hong Kong dan China.

Mengikut data dari Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, Bangkok mencatat kehadiran kru penerbitan filem luar tertinggi dengan 282 judul filem, Chonburi (77), Samut Prakan (60), Pathum Thani (52) dan Phuket (47).

Mengikut data itu, Thailand memperolehi pendapatan lebih 3.1 bilion baht (RM411 juta) hanya melalui kehadiran 34 filem produksi dari Amerika Syarikat. – BERNAMA

Loading...
Terkini