comscore
Tumpuan :
Dunia

Thailand senarai 93 negara tidak perlu visa

FOTO: Reuters

BANGKOK: Thailand menyenaraikan 93 negara yang dikecualikan visa, dalam usaha merancakkan sektor pelancongan negara itu.

Pengumuman berkenaan membolehkan pelancong negara terlibat memasuki Thailand tanpa visa, atau memohon visa ketika ketibaan, dan boleh tinggal sehingga maksimum 60 hari di negara itu.

Pengecualian visa ini dipersetujui kabinet Thailand pada Selasa, dalam usaha meningkatkan pendapatan daripada sektor pelancongan negara itu.

FOTO: Reuters

Senarai itu merangkumi 57 negara yang warganegaranya sebelum ini dibenarkan berada di Thailand selama 30 hari tanpa visa, 13 negara yang sebelum ini dikecualikan visa dan tambahan enam negara yang warganegaranya dibenarkan berada di Thailand tanpa visa selama 60 hari.

Negara-negara berkenaan antaranya Malaysia, Kanada, Republik Czech, Denmark dan Finland.

Senarai penuh negara-negara yang dikecualikan visa selama 60 hari adalah seperti berikut:
1. Kanada 2. Republik Czech 3. Denmark
4. Estonia 5. Finland 6. Perancis
7. Jerman 8. Greece 9. Hungary
10. Iceland 11. Indonesia 12. Ireland
13. Israel 14. Italy 15. Jepan
16. Kuwait 17. Latvia 18. Lichtenstein
19. Lithuania 20. Luxembourg 21. Malaysia
22. Maldives 23. Mauritius 24. Monaco
25. Netherlands 26. New Zealand 27. Norway
28. Oman 29. Filipina 30. Poland
31. Portugal 32. Qatar 33. San Marino
34. Singapore 35. Slovakia 36. Slovenia
37. Spain 38. Afrika Selatan 39. Korea Selatan
40. Sweden 41. Switzerland 42. Turkey
43. Ukraine 44. UAE 45. United Kingdom
46. Amerika Sykt 47. Peru 48. Hong Kong
49. Vietnam 50. Arab Saudi 51. Andorra
52. Australia 53. Austria 54. Belgium
55. Bahrain 56. Brazil 57. Brunei
58. India 59. Kazakhstan 60. Malta
61. Mexico 62. Papua N. Guinea 63. Romania
64. Uzbekistan 65. Taiwan 66. Bhutan
67. Bulgaria 68. Cyprus 69. Fiji
70. Georgia 71. China 72. Laos
73. Macau 74. Mongolia 75. Laos
76. Kemboja 77. Guatemala 78. Jamaica
79. Jordan 80. Kosovo 81. Maghribi
82. Panama 83. Sri Lanka 84. Trinidad & Tobago
85. Tonga 86. Uruguay 87. Albania
88. Colombia 89. Croatia 90. Cuba
91. Dominica 92. Rep. Dominica 93. Ecuador

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini