comscore
Tumpuan :
Dunia

Thailand tangguh naik gaji minimum

Foto: Reuters

BANGKOK: Thailand menangguhkan kenaikan gaji minimum kepada 400 baht (RM50) sehari yang dijadualkan 1 Oktober ini, ekoran kekurangan kuorum pada mesyuarat jawatankuasa yang mengusahakan kenaikan itu.

Setiausaha Tetap Kementerian Buruh, Pairoj Chotikasathien, berkata jawatankuasa itu termasuk wakil daripada majikan, buruh dan kerajaan didakwa gagal mencapai kuorum pada dua mesyuarat sebelum ini untuk membincangkan kenaikan yang dirancang.

Katanya, gaji minimum baharu akan dikenakan hanya kepada perniagaan yang menggaji lebih daripada 200 orang.

Kenaikan gaji minimum, daripada julat semasa 330 baht (RM42) kepada 370 baht (RM47) sehari, menjadi sebahagian daripada platform kempen Parti Pheu Thai yang memerintah dan mereka berjanji untuk meningkatkannya lagi kepada 600 baht (RM76) menjelang 2027.

Kenaikan yang dirancang sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mencetuskan pertumbuhan dalam ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu, yang disekat oleh hutang isi rumah yang tinggi dan sektor pembuatan yang perlahan.

Dasar utama kerajaan ialah skim rangsangan 450 bilion baht (RM57.35 bilion) , di mana orang ramai akan diberi 10,000 baht (RM1,274) setiap seorang untuk dibelanjakan dalam komuniti tempatan.

Fasa pertama itu ditetapkan bermula sebelum penghujung September.

Bank pusat itu menjangkakan ekonomi berkembang 2.6 peratus pada 2024, meningkat daripada 1.9 peratus pada 2023.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini