comscore
Tumpuan :
Dunia

Tiada bukti Hamas guna dana bantuan biaya peperangan – Suruhanjaya Eropah

Valdis Dombrovkis, Naib Presiden Eksekutif Suruhanjaya Eropah – Foto: Reuters

STRASBOURG: Suruhanjaya Eropah memaklumkan pihaknya tidak menemui sebarang bukti terhadap dakwaan sesetengah pihak kononnya pejuang Hamas menyalahgunakan dana bantuannya yang disalurkan kepada rakyat Palestin.

Jelas Naib Presiden Eksekutif Suruhanjaya Eropah, Valdis Dombrovkis, dakwaan palsu itu dicetuskan bertujuan untuk mengganggu proses penyaluran dana kepada rakyat Palestin sekali gus menjejaskan operasi penghantaran bantuan dengan segera ke Gaza.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Eropah akan kembali meneruskan penyaluran dana bantuan khas serta-merta kepada Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNRWA.

Sebelum ini, penyaluran dana bantuan kemanusiaan oleh Suruhanjaya Eropah ditangguh selepas presidennya, Ursula von der Leyen mendesak semakan kembali langkah diambil blok terbabit susulan dakwaan daripada pihak tertentu bahawa pejuang Hamas menggunakan dana bantuan untuk biayai peperangan. – REUTERS

Loading...
Terkini